erm..
harini hari paling suram sepanjang minggu ni..
fikiran ku sentiasa melayang di kampung, merindui insan yang amat aku sayang
mak.. ijan rindu kat mak..
semalam hampir hilang kewarasan aku meredah hujan yang sangat lebat ketika turun dari bas untuk segera balik ke bilik..biarlah orang nak kata aku apa pun semalam..x sabar aku nak call mak untuk tahu keadaan yg sebenarnya..
aku meredah hujan dengan kilat yg berdentum kuat, menggigil ketakutan aku..sepanjang meredah hujan menuju bilik, aku menangis menyebut nama mak..dan dalam hati aku, aku berdoa banyak2 agar mak selamat..
aku hanya tahu mak masuk ke hospital semalam selepas along bagi msg kat aku..knpa kak norin x call aku??
aku sampai bilik dalam keadaan basah lenjun..tanpa menghiraukan romate..
hp aku kehabisan batery..sbb tu aku bergegas ke bilik..aku baca msg along waktu dalam bas, sedangkan along bagi msg tu jam 2 ptg..aku baca jam 6ptg..huh! memang salah aku..aku x prasan sungguh msg tu..sbb clas aku sgt padat semalam..
akhirnya aku dapat juga call mak..
selalu bila call mak, adik yg angkat dulu..tp kali ni mak yg terus angkat..
ya Allah..
hanya Engkau sahajalah yg tahu perasaan aku ketika itu..
bila dgr suara mak..hilang segala resah yg terkumpul td..
tersedu sedan aku bercakap dgn mak..
mak..mak kat mana tu, mak sihat ke x?
mak senyap je..mak tanya sapa bg tau ijan mak sakit? along..
mak pun cerita keadaan sebenar..
dalam hati aku hanya mampu berdoa.. Ya Allah...kau kurangkanlah penderitaan sakit ibuku, panjangkanlah umurnya, berikanlah ibuku nikmat sihat dan nikmat iman ya Allah..
lama aku bercakap dgn mak semalam..hingga akhirnya kami menangis.
x sanggup aku ingat suara tangisan mak waktu tu..sangat sedih..
mak kata, ijan doakan mak sihat, panjang umur..ya mak..
ijan bukan x nak balik kg mgu ni..tp ijan ada presentation hari isnin ni dan ijan belum selesaikan kerja tu..ijan minta maaf mak..
ijan x sanggup nak tgk mak duduk terlantar kat hospital lagi..cukuplah beberapa bulan yg lalu..
sungguh perit mak alami..
hari isnin td ijan call mak, suara mak sihat, mak gelak2..sembang pasal kakak..walaupun dlm hati ijan, ijan dpt tahu mak sembunyikan sakit yg mak tanggung.
tp x sangka esoknya sakit mak datang lagi..
ijan harap mak kuat..sebab ijan x sanggup tengok mak tanggung kesakitan itu seorang diri..
ijan sayang mak..
mak..
ijan selalu doakan kesihatan mak..semoga kita sentiasa dilindungi dan berada di bawah rahmat Allah..siapalah kita nak menolak takdirNya..melainkan kita berdoa kepadaNya..
No comments:
Post a Comment