Assalamualaikum,,
sebenarnya aku baru balik dr warta bangi, beli adiah untuk dua orang kakak kesayangan aku, kak Mala dan kak Nazirah,, td time aku g sana aku sebenarnya dapat sedikit tazkirah untuk peringatan diri aku,, aku g kdai buku tu n aku nampak satu poster ni, aku baca, tp x beli, namun ape yg penting ayat kat poster betul2 memberi motivasi yg mendalam tuk aku hari ni,,
10 perkara yang menghalang hijab Allah
i) engkau menikmati rezeki dari Allah, namun engkau tidak pernah bersyukur kepadaNya.
ii) engkau mengaku bahawa syaitan itu musuh utamamu, tp engkau tetap mengikut segala jalan yg menjurumuskan dirimu ke azab neraka.
iii) engkau menjaja aib orang, namun engkau tidak sedar akan aib mu sendiri
iv) engkau ketahui bahawa ajal itu akan tiba, namun engkau tidak pernah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
v) engkau menziarahi kematian, namun engkau tidak mengambil iktibar dari kematian tersebut.
aku hanye ingt 5 perkara tu je, apa yg penting semoga aku dpt ambil iktibar dr nasihat tu,, InsyaAllah..