Friday, December 31, 2010

SelaMat tiNggaL 2010,,,,!!

Alhamdulillah..arini tahun 2010 bakal melabuhkan tirainye.. hasil dr penelitian aku dr laman2 sosial, paper, blog sume duk story tentang azam dah tercapai blum, kenangan manis&pahit dan mcm2 lg la, eceh, penelitian tu..hahaha..tp hot story paling gempak of coz la kejayaan Malaysia kat AFF Suzuki..congrat team Malaysia!!


Di hari akhir tahun ni plak, aku dilanda demam+selsema...adoi..tp still gagah lg kuar ngan member2..hahaha
tp balik je blik aku pengsan,huhu..dgn hidung sumbatnye+sakit tekak nye..ni la..duk sakan sgt berjalan mgu ni..mana x de..sabtu td g ptrajaya dgn su&elle motif utama coz nak appreciate diri memasing hasil kejyaan sem lepas..sape lg nak wat cam tu lau x diri sendiri yg wat! apepun kejayaan x kan dtg tanpe usaha dan jgn dbanggakan kejayaan lepas sbb masih pnjang liku khidupan yg akan dilalui dan x de sape pun tahu apa akan trjadi next episode melainkan Allah..semoga aku mnjadi hamba yg brsyukur..amiin 

l luv u kenny rongers roster

time jari jemari aku menaip post ni dah lebih 10 kali aku bersin! huhu
rabu td plak kak dayah plan nak makan nasi arab..punye la aku semangat nak g last2 g usha rstoran nasi arab kat area bangi ngan kajang hasilnye?? sume ttop! hampehnye lah..pelik aku dan2 aku nak mkan dia ttop.huh! at last tukar plan g mkn pizza kat kajang..layan jer la~ x kan nak balik ngan perut kosong kot~


i also luv u chezy lava~ hahahaha

balik kajang g round kat ptrajaya..siap jmpe ada pengantin wat pic outdoor lg..

esok ptgnye plak kiteorg ttap plan nak mkn nasi arab..last2..ttop lg.hish! geram tol la..sbb area yg kiteorg cari tu mmg sedap mkanannye..ermm..k.dayah lak suggest menu lain..akhirnye duk pilih steamboat area pkns bangi..hui!! mmg x leh nak ckp..gile mkan kat situ smpai x larat nak habiskan punye tamaknye..rase nak mkan lg je!!


erk!! mmg sodap!


dah kenyang kot~ x larat nak habiskan

disebabkan ari jumaat cuti kiteorg pun terus menjalankan plan utk menggerakkan kaki..geng2 fpi ajak aku g shopping kat metro kajang..adooii...gigih la aku bngun tuk g sna w/pun dah rase x sedap bdan..tp ttap enjoy ngan korang~hehehehe
kepala pun dah memusing ni, papepun tahniah apex..i syg u sbb gile hebat u main..hehehe..gf apex jgn mare ye~
akhirnye aku harap tahun depan akan akan menjadi lebih baek dr tahun sbelumnye..InsyaAllah..yg baik djadikan tladan, yg buruk dijauhkan..
nak nyanyi cikit: ucaplah Alhamdulillah syukur kita kpd Allah, selawat ke atas nabi Muhammad ya Rasulullah..

p/s: 
Sayidina Ali r.a~
" Sesungguhnya dunia akan beransur pergi....
Dan sesungguhnya akhirat akan semakin tiba....
Maka jadilah kamu anak-anak akhirat....
Janganlah kamu menjadi anak-anak dunia....
...
Kerana sesungguhnya dunia itu tmpat amalan tanpa penghisaban....
Manakala akhirat itu tempat penghisaban dan tiada lagi peluang untuk beramal..."

Saturday, December 25, 2010

Final Sem

Assalamualaikum..
Alhamdulillah..aku masih diizinkan Allah untuk menjalani kehidupan dimuka bumiNya..
Pejamcelik2 dah hampit tiga tahun aku stdy kat cni..begitu cepat masa berlalu..dah final sem pun..gembira+sedih+takot
Banyak perkara nak disetelkan sebelum grade, paling penting THESIS tercinta..smoga aku dapat tempuh sem ni dgn baik sekali..
Kadang-kadang aku takut bila terkenang sahabat seperjuangan yg tak dpt meneruskan perjuangan ini bersama2..mungkin takdir..ada yang pergi dulu..teringat arwah Shakira yg pergi dulu time sem 2..baru2 ni pula time balik kg cuti sem dua org kwn dr klantan xcdent..sorang meninggal, sorang lagi cedera..dengar kata agak parah dan mungkin x dapat teruskan pengajian sem ni..Ya Allah..pilu rase hati..mungkin ada hikmah untuk arwah..namun aku yg masih diberi peluang untuk hidup perlu menjalani liku2 ruang kehidupan ini..perjalanan yg masih panjang..
Smoga impian dan cita-cita aku tercapai..perkara yg paling penting untuk aku tunaikan kepada insan dimuka bumi ini adalah utk emak dan keluarga aku..
Begitu besar pengorbanan mereka tanpa aku sedarii...
tanpa restu dan doa dr mak..mana mungkin kaki ku dpat melangkah ke tahap ini..
along pula..w/pun kdangkala aku x sebulu ngan dia, namun aku hargai jasanya menghantar dan mengambil aku kat cni..malahan aku terharu time first time aku melangkah ke ukm ni, along turut menemaniku..dialah wali malah aku masih t/jawab dia..trime kasih along sbb jaga ijan sejak arwah abah x de..tolong bayarkan yuran ijan dr form 2 lg..smpai sekarang..kadang kala aku mampu mengkritik, tp aku x sedar pengorbanan seseorang..
buat kak yen..terima kasih atas segalanya..tiap2 bulan bank in duit..w/pun kak yen tahu ijan dapat loan..terhutang budi ijan kat akak..erm..paling ijan hargai bila akak bg moto tu..hilang sikit kesusahan ijan..sbb ijan malas nak jalan jauh..huhuhuhu..
kak la pulak..slalu call ijan..ijan rase sume perkara yg ijan buat kat cni akak je yg tahu..sbb ijan rajin cite bile akak call..kang ijan cite ngan along, bnyak lak die kritik ijan.hehehehe
buat jeffri plak..trime kasih jage mak kat kg..akak doakan jepri berjaya dlm exam stpm tahun depan..
erm..kadang kala manusia ni terlalu banyak mengkritik orang tanpa kite sedari kritikan itu dapat dilenyapkan dengan pengorbanan yg mereka berikan..
terima kasih semua..jasamu ku kenang selamanya, ijan sangat menyayangi kamu semua..doakan kejayaan adikmu disini..

Monday, November 15, 2010

sg.gabai>>> sejukkkk


Sg. Gabai tersangatlah indah..hehe
g mandi manda di air terjun sg.gabai brsama dgn kwn2 smka smpng5 + ukm ngan elle, sue, pika, jiha n teah..
mmg syok lah..siap berkelah lagi..
sbelum g  tugas aku mmbeli brg di hentian kajang..aku pun g je lah ngan teah nek moto..bnyak gak beli brg sebab diorg bnyak nak sediakan menu tuk esok..msak guna ape?? hanya menggunakan sebuah rice cooker..hahaha
w/pun sebuah rice cooker tp bnyak berbakti kot, menu yg terhasil ialah:

> udang goreng= ala2 kfc
> sup ayam+sotong+sayur= kire sup campur lah tu
> telor dadar
> roti sandwich
>sosej + sos
>sardin masak pedas
> semestinye ada nasi..hahaha

tidak dilupakan kek bezday teah yg ke 22..hepy bezday ye teah..smoge Allah memanjangkan umur n memurahkan rezeki.. =) 
mmg hebat la rice cooker tu..blh masak 7 menu..start masak pas subuh oleh chef suraya dbantu oleh teah, elle n aku hehehehe
mmg sejuk betol air gabai + cantik tempatnye..dtambah dengan indahnya ciptaan Allah..aish..mmg syok ar..
rase nak dtg lg..
alhamdulillah sepanjang perjalanan pergi dan balik kami berjalan lancar dengan menaiki kete waja NBF 6767 
baliknye plak cadang nak round2, tp blur nak g mane..nak g putraya dah bosan giler melihat tmpatnye..nak g i-ct lg la bosan..cadang rase nak balik kg je..hehe..last2 pusing punye pusing kiteorg g puchong..hahaha
g umah cik suraya rambly..sngah slt jap kat masjid terapung..
jgn ingt tganu je ada masjid terapung..selangor pun ada tau..namanye masjid as-salam..baru dibina masjid tu..x kisah la..jnji nak slt..
pastu g umh su..hehe segan kot..cam nak jumpe mak mentua je rasenye..berdebar2..hahahaha
duk smbang2 jap..pastu g azura plak..order air ngan burger...hahahaha mmg keje mkan je la..hehehe
papepun hajat nak g  gabai trcapai juga..sg.tekala dah g, gabai dah g..rase nak g pangsun plak..huhu.. x ckup mandi kat kolej kot..hahaha, nak rase air semula jadi.. =))


                                                 ni time dah balik daaaaa.. hehe

Friday, November 12, 2010

Kehebatan Solat di Awal Waktu

Setiap peralihan waktu solat sebenarnya menunjukkan perubahan tenaga alam ini yang boleh diukur dan dicerap melalui perubahan warna alam.
Aku rasa fenomena perubahan warna alam adalah sesuatu yang tidak asing bagi mereka yang terlibat dalam bidang fotografi, betul tak?

Waktu Subuh

Sebagai contoh, pada waktu Subuh alam berada dalam spektrum warna biru muda yang bersamaan dengan frekuensi tiroid yang mempengaruhi sistem metabolisma tubuh.
Jadi warna biru muda atau waktu Subuh mempunyai rahsia berkaitan dengan penawar/rezeki dan komunikasi.
Mereka yang kerap tertinggal waktu Subuhnya ataupun terlewat secara berulang-ulang kali, lama kelamaan akan menghadapi masalah komunikasi dan rezeki.
Ini kerana tenaga alam iaitu biru muda tidak dapat diserap oleh tiroid yang mesti berlaku dalam keadaan roh dan jasad bercantum (keserentakan ruang dan masa) - dalam erti kata lain jaga daripada tidur.
Di sini juga dapat kita cungkil akan rahsia diperintahkan solat di awal waktu.
Bermulanya saja azan Subuh, tenaga alam pada waktu itu berada pada tahap optimum.
Tenaga inilah yang akan diserap oleh tubuh melalui konsep resonan pada waktu rukuk dan sujud.
Jadi mereka yang terlewat Subuhnya sebenar sudah mendapat tenaga yang tidak optimum lagi.

Waktu Zohor

Warna alam seterusnya berubah ke warna hijau (Isyraq & Dhuha) dan kemudian warna kuning menandakan masuknya waktu Zohor.
Spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi perut dan hati yang berkaitan dengan sistem penghadaman.
Warna kuning ini mempunyai rahsia yang berkaitan dengan keceriaan.
Jadi mereka yang selalu ketinggalan atau terlewat Zuhurnya berulang-ulang kali dalam hidupnya akan menghadapi masalah di perut dan hilang sifat cerianya. Orang yang tengah sakit perut ceria tak?

Waktu Asar

Kemudian warna alam akan berubah kepada warna oren, iaitu masuknya waktu Asar di mana spektrum warna pada waktu ini bersamaan dengan frekuensi prostat, uterus, ovari dan testis yang merangkumi sistem reproduktif.
Rahsia warna oren ialah kreativiti.
Orang yang kerap tertinggal Asar akan hilang daya kreativitinya dan lebih malang lagi kalau di waktu Asar ni jasad dan roh seseorang ini terpisah (tidur la tu).
Dan jangan lupa, tenaga pada waktu Asar ni amat diperlukan oleh organ-organ reproduktif kita.

Waktu Magrib

Menjelang waktu Maghrib, alam berubah ke warna merah dan di waktu ini kita kerap dinasihatkan oleh orang-orang tua agar tidak berada di luar rumah.
Ini kerana spektrum warna pada waktu ini menghampiri frekuensi jin dan iblis (infra-red) dan ini bermakna jin dan iblis pada waktu ini amat bertenaga kerana mereka resonan dengan alam.
Mereka yang sedang dalam perjalanan juga seelok-eloknya berhenti dahulu pada waktu ini (solat Maghrib dulu la) kerana banyak interferens (pembelauan) berlaku pada waktu ini yang boleh mengelirukan mata kita.
Rahsia waktu Maghrib atau warna merah ialah keyakinan, pada frekuensi otot, saraf dan tulang.

Waktu Isyak

Apabila masuk waktu Isyak, alam berubah ke warna Indigo dan seterusnya memasuki fasa Kegelapan.
Waktu Isyak ini menyimpan rahsia ketenteraman dan kedamaian di mana frekuensinya bersamaan dengan sistem kawalan otak.
Mereka yang kerap ketinggalan Isyaknya akan selalu berada dalam kegelisahan.
Alam sekarang berada dalam Kegelapan dan sebetulnya, inilah waktu tidur dalam Islam.
Tidur pada waktu ini dipanggil tidur delta di mana keseluruhan sistem tubuh berada dalam kerehatan.

Qiamullail

Selepas tengah malam, alam mula bersinar kembali dengan warna putih, merah jambu dan seterusnya ungu di mana ianya bersamaan dengan frekuensi kelenjar pineal, pituitari, talamus dan hipotalamus.
Tubuh sepatutnya bangkit kembali pada waktu ini dan dalam Islam waktu ini dipanggil Qiamullail.
Begitulah secara ringkas perkaitan waktu solat dengan warna alam.
Manusia kini sememangnya telah sedar akan kepentingan tenaga alam ini dan inilah faktor adanya bermacam-macam kaedah meditasi yang dicipta seperti taichi, qi-gong dan sebagainya.
Semuanya dicipta untuk menyerap tenaga-tenaga alam ke sistem tubuh.
Kita sebagai umat Islam sepatutnya bersyukur kerana telah di’kurniakan’ syariat solat oleh Allah s.w.t tanpa perlu kita memikirkan bagaimana hendak menyerap tenaga alam ini.
Hakikat ini seharusnya menginsafkan kita bahawa Allah s.w.t mewajibkan solat ke atas hamba-Nya atas sifat pengasih dan penyayang-Nya sebagai pencipta kerana Dia tahu hamba-Nya ini amat-amat memerlukan-Nya.
Adalah amat malang sekali bagi kumpulan manusia yang amat cuai dalam menjaga solatnya tapi amat berdisiplin dalam menghadiri kelas taichinya.
Wallahualam.

p/s: smoga aku memanfaatkannya dlm hidupku..ameen..

Tuesday, November 9, 2010

10 Hal yang Mendatangkan Cinta Allah

Alhamdulillah wa shalaatu wa salaamu ‘ala Rosulillah wa ‘ala alihi wa shohbihi wa man tabi’ahum bi ihsaanin ilaa yaumid diin.

Saudaraku, sungguh setiap orang pasti ingin mendapatkan kecintaan Allah. Lalu bagaimanakah cara cara untuk mendapatkan kecintaan tersebut. Ibnul Qayyim rahimahullah menyebutkan beberapa hal untuk mendapatkan maksud tadi dalam kitab beliau Madarijus Salikin.

Pertama, membaca Al Qur’an dengan merenungi dan memahami maknanya. Hal ini bisa dilakukan sebagaimana seseorang memahami sebuah buku yaitu dia menghafal dan harus mendapat penjelasan terhadap isi buku tersebut. Ini semua dilakukan untuk memahami apa yang dimaksudkan oleh si penulis buku. [Maka begitu pula yang dapat dilakukan terhadap Al Qur’an, pen]

Kedua, mendekatkan diri kepada Allah dengan mengerjakan ibadah yang sunnah, setelah mengerjakan ibadah yang wajib.  Dengan inilah seseorang akan mencapai tingkat yang lebih mulia yaitu menjadi orang yang mendapatkan kecintaan Allah dan bukan hanya sekedar menjadi seorang pecinta.

Ketiga, terus-menerus mengingat Allah dalam setiap keadaan, baik dengan hati dan lisan atau dengan amalan dan keadaan dirinya. Ingatlah, kecintaan pada Allah akan diperoleh sekadar dengan keadaan dzikir kepada-Nya.

Keempat, lebih mendahulukan kecintaan pada Allah daripada kecintaan pada dirinya sendiri ketika dia dikuasai hawa nafsunya. Begitu pula dia selalu ingin meningkatkan kecintaan kepada-Nya, walaupun harus menempuh berbagai kesulitan.

Kelima, merenungi, memperhatikan dan mengenal kebesaran nama dan sifat Allah. Begitu pula hatinya selalu berusaha memikirkan nama dan sifat Allah tersebut berulang kali. Barangsiapa mengenal Allah dengan benar melalui nama, sifat dan perbuatan-Nya, maka dia pasti mencintai Allah. Oleh karena itu, mu’athilah,  fir’auniyah, jahmiyah (yang kesemuanya keliru dalam memahami nama dan sifat Allah), jalan mereka dalam mengenal Allah telah terputus (karena mereka menolak nama dan sifat Allah tersebut).

Keenam, memperhatikan kebaikan, nikmat dan karunia Allah yang telah Dia berikan kepada kita, baik nikmat lahir maupun batin. Inilah faktor yang mendorong untuk mencintai-Nya.

Ketujuh, -inilah yang begitu istimewa- yaitu menghadirkan hati secara keseluruhan tatkala melakukan ketaatan kepada Allah dengan merenungkan makna yang terkandung di dalamnya.

Kedelapan, menyendiri dengan Allah di saat Allah turun ke langit dunia pada sepertiga malam yang terakhir untuk beribadah dan bermunajat kepada-Nya serta membaca kalam-Nya (Al Qur’an). Kemudian mengakhirinya dengan istighfar dan taubat kepada-Nya.

Kesembilan, duduk bersama orang-orang yang mencintai Allah dan bersama para shidiqin. Kemudian memetik perkataan mereka yang seperti buah yang begitu nikmat. Kemudian  dia pun tidaklah mengeluarkan kata-kata kecuali apabila jelas maslahatnya dan diketahui bahwa dengan perkataan tersebut akan menambah kemanfaatan baginya dan juga bagi orang lain.

Kesepuluh, menjauhi segala sebab yang dapat mengahalangi antara dirinya dan Allah Ta’ala.
Semoga kita senantiasa mendapatkan kecintaan Allah, itulah yang seharusnya dicari setiap hamba dalam setiap detak jantung dan setiap nafasnya.

Ibnul Qayyim mengatakan bahwa kunci untuk mendapatkan itu semua adalah dengan mempersiapkan jiwa (hati) dan membuka mata hati.

Alhamdulillahilladzi bi ni’matihi tatimmush sholihaat. Wa shallalahu ‘ala nabiyyina Muhammad wa ‘ala alihi wa shohbihi wa sallam.



Sumber: Madaarijus Saalikin, 3/ 16-17, Ibnu Qayyim Al Jauziyah, terbitan Darul Hadits Al Qohiroh

Friday, September 3, 2010

Salam Akhir Ramadhan & Selamat Hari Raye~

tetibe aku x sabo nak sambut raye tahun ni,, huhu cam budak2 rasenye..nak main mercun..bunga api..tp aku x reti sebenarnye nak main mercun ni..eee! aku fkir mercun tu meletop kat tgn aku..aku main bunge api je..hero mercun kat umah aku adalah along ngan deq jep! aku tukang tolong sorak je..yeeeeeeeeeee!! hahaha
puasa tahun ni merupakan puasa aku yg terakhir kat ukm..insyaAllah..semoga segalanya berjalan lancar..
sok aku nak balik kg, cadang sok nak wat ikan stim kat mak..teringat wat ikan stim kat hstel ni..fuhh!
apa pun, raye2 gak..puase jgn dilupakan..walaupun amalan aku x seberapa, tp alhamdulillah aku masih diberi kesempatan menikmati puasa tahun ni..
raye tahun ni tema baju ialah..?? hehe..rahsia.. =p
apa pun, smoga raya ni lbh baik dr raye tahun lepas, minta maaf kat mak, adik bradik, sedara mara, shabat rakan taulan..sbb dosa kita dengan Allah kita blh minta ampun..tp dgn manusia?? kita kene minta sndri..
tetibe plak mood aku sedih skrg..teringat arwah ayah..erm..x pelah..kebiasaanya time aku pasang langsir raye mmg time tu fkiran aku melayang teringat indahnya keluargaku..kasih syg..dan time tu juga air mata aku menitis ingat arwah abah..abah suka makan kuih mazola..huhuhu..erm..ijan2...Al-fatihah tuk arwah abah..
apa pun ijan kene kuat,, insyaAllah aku x jalani kehidupanku seorang diri, kasih syg Allah, mak, adik bradik, sahabat sentiasa di sisi..(kasih sayang Allah mendahului kemurkaannya)
k, lah..salam aidilfitri sume,, maaf zahir batin andai ada salah silap sepanjang aku bernafas diatas muka bumi ni..wsalam..

7 hari sebelum raye~~ hehe

hehe..arini mood aku hepy giler memandangkan esok aku nak balik kg terchenta, dan berjumpe dgn bonda tersyg!..cadang nak balik ahad ngan along, tp fkir2 balik lambat beno la nak smpai umah..lebih baik aku balik sndri..huhu
td last berbuka puase ngan geng budak baik kat restoran D' Limau kat bangi..sedap giler air d'limau die, yummy! terbayang ice-cream vanilla yg terdapat dlm air tu dcampur jus limau, jelly, ngan ape ntah lg..balik dr buke tu balik kolej jap solat maghrib pastu nak anta lyn balik kat hentian kajang..
aku cadang nak teman jiha..tp aku lmbat siap..aku suh jiha ambik lyn dlu g hentian kajang..aku follow lmbat ckit..
sebenarnye aku ni jenis manusia yg penakot la nak kuar sowang2 time malam...tp aku gagahkan diri gak sbb aku nak beli brg kat hentian kajang tu juga..dlm fikiran aku cuma fkir "hantu x de la jan, kene ikat" hahahaha..so relax je..x takot..
ramai gak balik mlm td..jem sbelum smpai hentian tu..
nak dijadikan cite,, time tgu jiha yg hilang entah kemana aku tgu la depan pasaraya tu..
ada seorg budak pempuan ni dr td menangis sorang2..aku ingtkan tepi budak tu ayah die..rupenye bukan..senang cite budak ni hilang dr mak ayah die..waaaaa, menangis x sudah budak tu..aku yg tgk pun x smpai ati..cam nak nangis skali pun ada tgk air mate dia..
masalahnye..org yg lalu lalang depan budak tu relax je..x tnye knp,, termasklah ngan aku skali duk tgk budak tu nangis..huhuhu
aku x tau nak wat pe..hahaha..tp sedih tul tgk budak tu, aku fkir lau die x jumpe mak ayah die cam ne? dah la budaknye comel gile,,pastu, tetibe ada pakcik ni dtg kat budak tu..tnya ayah mana..budak tu tunjuk arah aku (arah jalan raye) pakcik tu pun pndang aku..aku wat slambe je la..dlm hati aku kate.. "eh2, aku x buang anak ye kat cni" hahahaha..blh plak aku fkir cam tu..pastu budak tu pun mengis la lg..pgil ayah dia..sob3~

tp x lame tu ada sorg lelaki ni dtg kat tempat tu, agaknye die tgk org ramai berkumpul kot..rupenye ayah budak tu..hampeh tul la..wat org lain risau je..! huh! kesimpulannye?? lau nak shoping tu jaga anak la cik akak n cik abg oi...

Tuesday, August 17, 2010

Salam Ramadhan al-Mubarak

Assalamualaikum...
erm, pejam celik2 dekat seminggu ramadhan berlalu..alhamdulillah..aku masih diberi kesempatan menikmati puasa tahun ni..
puase tahun ni len macam ckit, sbb aku x boros cam puase2 tahun lepas..punca nye..malas nak kuar, sbb asyik hujan je ptg..ye..basuh moto pun nnti kene ujan gak,huhu..(alasan org yg dah malas nak basuh moto)..
sabtu td mmg jimat gile, g market beli barang2 nak wat sup seafood, share 4 org..beli udang, sotong, ayam, ngan sayur2 sikit..balik masak nasi, pastu baru masak sup..masak dlm rice cooker je sume..mmg puas gile la mkn sup tu..berbaloi2..sorang bajet rm4 je..tp mmg puas mkn isi2 ngan sup nye..so..?? rajin2 la masak ye..huhu
raye tahun ni aku azam nak wat raye yg paling bahagia tuk aku ngan mak aku dr raye yg sebelum nye.. n x dilupe abang ngan akak2 aku yg mungkin raye dirumah mentua mereka..
aku dah belikan sebentuk kerongsang yg cantek tuk mak pakai raye ni, cadang nak beli kasut tp takut mak x berkenan..so aku belikan tudung je la..tuk kawan gaduh aku kat umah dek jefri aku belikan kasut..tu je yg mampu..student lg..sob3
mgu ni nak balik buka puase ngan mak..mood mmg gembire..dekat 2 bulan aku x balik umah..buzyyyy...asgment, tesis..tido..hahaha..
blh dikatakan sem ni aku bnyak betul la berjalan2, g sana g sini..ikut kak na je la..kakak kesayanganku..huhu
mungkin ni puase terakhir aku kat ukm..huhu..lau ada rezeki ngan kekuatan..insyaAllah..aku sambung master..papehal hal pun, habiskan degree dlu..bak kate along, blaja rajin2 jan, jgn main2, bak kate mak: ijan blaja sungguh2 ye..buat yg terbaik tuk keluarga..baik mak..ijan akan buktikan..insyaAllah..tanpa restu dan doa dari mak..ijan x kan sampai disini..
aku harap puase kali ni dapat beri seribu rahmat dan kemanisan pada aku sebagai seorang muslimah..insyaAllah.. 

Friday, July 23, 2010

selesai sudaa~

fuh..!!harini lega rasenye..da siap report praktikal n present kat lect..so, da x yah fkir tentang praktikal..setel.
tetibe lak teringat kenangan praktikal kat sekolah yang amat aku syg..SAMPP..atau name glamournye..Sekolah Agama Menengah Pasir Panjang..hehe
dua bulan menjalani praktikal..bnyak experience aku dpat..
da best memories aku dpat jumpe balik cikgu2 n ustaz2 yg penah ajar aku dlu..dpat sembang..dpat luah perasaan..n ada juga guru lama aku ni slalu blanje aku kat kantin..trime kasih bnyak2..sronok dpat mkn free..hehe
kesan paling mendalam..jd guru ni bukan keje senang!.perlu ketabahan, kerajinan n semangat yg tinggi tuk didik anak bangsa!..tQ cikgu2 ku semua..anda mmg guru yg hebat! tanpa anda siapalah sy..
aku pun dpat ngaja class yg mmg baik2 sume..hehe..adoi~
aku praktikal sowang2 je kat ctu..pastu ada 4 owg praktikal dr u lain juga time tu..dr UM..paling best aku jumpe balik best friend aku time sek dulu..masreha! hahaha,,mmg gile la dpat praktikal ngan die..hepy je, terkenang balik memory f5 dlu..
kadang2 time bowink..aku teringat anak murid aku..yg peramah..baik..n sedikit nakal.. =p yelah..aku pun dlu nakal gak..
ari terakhir? sedih woo..huhu..rase x nak balik umah je..huhu..tp paling best aku dpat markah yg tinggi tuk penilaian penyelia aku..hehe..gembire beb..!! papehal pun..sume da setel..so..kite enjoy~
ni student prmpuan yg confem mmg baik, sape nak jdkan gf..sile2~


ni ngan student ting. 1..


cukup la ni ye..aku ni jenis manusie yg paling malas nak upload pic..cukup lah pic ni sebagai kenangan dlm blog kesayangan aku..peace...!!

Wednesday, July 21, 2010

tahun 3 weee~

assalamualaikum...
erm..lama sgt da aku x update blog nie..bz sgt kot..
skrg pun dah mula sem baru..
TAHUN 3 tu..hehe
rasa cam pemilik ukm je..senior la katakan..
bersempena aku dapat melangkah ke tahun 3 ni..bnyak azam baru aku cipta..
smoge aku x sia2kan peluang yg ada..
tp...
semenjak dua menjak ni..cam da boring lak nak dtg class w/pun aku tetap berjaya sampai ke kelas..mgkin da penat kot..huhu..cam ne nak sambung master pasni? hehe..azam wei...
k lah..da ngantok..sok class full..nite..

Thursday, April 22, 2010

..::tercipTa unTukKu::..



Bismillahirahmanirrahim..
Assalamualaikum wbt…
Awak…
Yang telah Allah takdirkan untuk menjadi milik saya..
Saya tak tahu awak berada di mana sekarang..
Mungkin kita belum pernah bertemu…
Ataupun sebenarnya mungkin kita telahpun bertemu..
Mungkin pada suatu masa dahulu… Mungkin setiap hari…
Mungkinkah awak rakan sekelas saya?
Atau rakan sekampus saya?
Atau anak jiran saya?
Atau kawan sekolah lama saya?
Atau kawan saya masa kecil dulu?
Saya tak tahu..
Tapi saya nak awak tahu..
Saya sentiasa berdoa untuk dipertemukan dengan awak..
Kadangkala saya berdoa kepada Allah..
Agar saya awal-awal tahu siapa jodoh saya sebenarnya
Supaya saya akan selalu memelihara sekeping hati ini..
Supaya saya tak akan salah memberi cinta..
Kepada insan yang tidak berhak menerimanya..
Tapi Allah itu Maha Mengetahui..
Mungkin Dia lambat menemukan kita berdua..
Dan meletakkan pelbagai rintangan sebelum kita bertemu..
Supaya apabila satu hari nanti saya bertemu dengan awak..
Saya akan menghargai awak setiap saat…
Saya tak pasti bila kita akan bertemu..
Mungkin esok? Lusa? Minggu ni? Minggu Depan?
Bulan ni? Bulan depan? Tahun depan?
Atau sebenarnya kita dah bertemu?
Cuma hati kita masih belum memberi petanda?
Saya tak tahu..
Tapi saya harap apabila kita bertemu nanti..
Allah akan memberi petunjuk kepada saya..
Bahawa awaklah insan yang telah ditakdirkan untuk saya..
Supaya saya tak lagi memandang insan lain..
Dan menetapkan hati saya hanya untuk awak..
Sampai bila bila, hingga akhir hayat saya..



Saya nak awak tahu..
Saya seorang insan yang tak sempurna..
Banyak kekurangan dari segi luaran dan dalaman..
Saya tak dilahirkan dengan wajah yang cantik..
Tapi saya sedaya upaya mencantikkan peribadi saya..
Saya tak mampu memberi nasihat yang terbaik..
Tapi saya mampu menjadi seorang pendengar yang setia..
Saya tak mampu sentiasa membuatkan awak ketawa..
Tapi saya boleh berkongsi air mata dengan awak..
Saya harap, apabila kita bertemu jodoh nanti..
Banyak kekurangan saya yang boleh awak terima..
Dan saya akan cuba menjadi jodoh yang terbaik buat diri awak..
Saya cuba, InsyaAllah..



Dan andainya saya membujang hingga ke akhir hayat..
Saya tahu awak mungkin dah tiada di dunia ini..
Betapa saya mengharap perkara itu takkan berlaku..
Sebab saya teringin bertemu dengan awak walaupun hanya seketika..
Cukuplah sampai sini saja coretan saya..
Saya akan setia di sini menunggu awak..
Mungkin tak patut saya luahkan perasaan ini..
Tetapi saya kadangkala rindukan awak..
Dan saya harap jauh di sudut hati, awak juga berasa demikian…
Jaga diri baik-baik wahai jodohku..
Moga kita dipertemukan Allah pada lain waktu...
Wassalam…



Sunday, February 28, 2010

DaYang-daYangKU yang BerJasa



Dayang2 ni bnyak berjasa dan berbakti dalam hidup aku..
aku syg mereka sgt2.. mereka syg kat aku x?? 
bak kata org..berkawan biar seribu..
dayang2 aku ni bnyak tul perangainye..x tau lah nak ckap..sorang cam ni, sorang lg camtu..
aku kenal dayang2 ni mase aku f6..dan alhamdulillah..kami semua berjaya ke menara gading yang sama UKM..
mase kami kene daftar pun dpat kolej yg sama..kolej pendeta zaba..mmg bnyak kenangan..lepak sama2..gelak smpai nak pecah dnding..n kenangan "si ketot" (kakak angkat elle) hahaha..smpai kene pagil ngan pengurus zaba..tp aku la yg kene..hebat gak aku ni..tp yg paling aku terharu bila pka, jha ngan lyn face 2 face ngan akak angkat elle tu..thanks guys..mmg kenangan terindah la time tu..
tp tu cite 2008..
3 sem duk zaba..last2, kami mncari angin baru..kami pun berpindah beramai-ramai ke kerismas..
mula2 aku cam x nak..tp nak..
yela..aku fkir nak g class, transpot..n..x leh berpisah ngan kak na..hahaha
n now..kami berada di keris mas..duduk pon sama aras..hepy duk cni..sbb de tv..siap astro agi..haha..ptg2..aku ngan dayang2 ni akan main bdmnton lau ada kelapngan..mmg bising la lau main..terutamanya suara su..ish..x tau la nak ckap..sib baik suara aku sopan..hahaha
agaknya lau org dgr suara kiteorg men tu..confirm dsumpah seranah..bising2..alaa..ptg2..nak relax..jerit2..=P
nak kenal x ngan dayang2 aku yg berjasa x?
ini dia..



ni si sue gedik namenye..tgk posing la..mmg gedix..ni ketue kami..sesuai la ngan mulut bisingnye tu..
cite2 die nak jd wartawan katenye..idola die maria tunku sabri..tul x sue??


ni lak penolong sue..elle kot nama die..elle ni slalu kene buli ngan sue..jahat juge sue tu..elle slalu ngadu kat aku sbb kene buli ngan sue..sue suh die basuh baju la..basuh pinggan la..ee..mcm2 la..x sanggup nak ckap..
elle ckap cite2 die nak jd PM..haa..nak bela nasib rakyat..hidup elle!! =p


teka ni sape?? ha ni lak otai kump kiteorg..tul ke??
najihah diberi nama..
cite2 die nak jd penganalisis politik..cam prof.agus...muke pun ala2 prof. agus gitu..sesuaiii..auw..=p


ni ag sowang.. name glamernye pika
die ni bakal jd NC ukm..insyaAllah..
maklumlah, skrg ni bz gile la minah ni handle program2 kat ukm..
bnyak link da die kenal kat ukm ni skrg..
minah ni mmg slumber..balik kul 4 pg sowang2 pun relax je..
x takut antu minah ni..agaknye antu yg takut ngan die..mmg kuat semangat la..tabik la same lu.. ^,^


haa..! ni lak hero kiteorg..palapes tu..feewit..
name die ni mmg sedap..azlin shafina mohd adzha..
fuuh!! cair dgr..
bakal jd menteri pertahanan dak ni..
ni pun slumber gak..tp slumber die lg hebat..terutamanye bab2 memasak..mmg slumber!! 
lau suh tuang air dlm periuk masak, mmg cepat, bukan takat tuang..siap die bawak satu kolah air nak dmasukkan dlm periuk tu..
mmg hebat la!! palapes wei.. =p


ni lak ustzah aku..cucu nik aziz.. =p
nazirah empunye diri..
lembut je owang nye..ramai peminat lak tu..jelez aku..hahaha
aku x sangka bertemu ngan die kat ukm ni..
aku da anggap die cam kakak aku sndri..
x lama lg jd istri org da..oopss!! terbocor rahsie..

merekalah dayang2 yg amat aku syg..aku harap hubungan ni kekal selamanya..andai aku tersalah kata, tersakit hati..aku mnta maaf sepanjang perkenalan kite..
aku harap kite sama2 berjaya kat cni..
sbb time kite mula2 masuk ukm dulu, bnyak impian kite ungkapkan..
su jd wartawn..jiha ahli politik..elle sejarawan negara, pika ustzah yg berfalsafah, lyn menteri prtahanan..aku??
ingat x lg korang impian ni? 
lau x ingat x pela..aku still ingat ag..
aku harap kite saling lengkap melengkapi..andai aku salah betulkanlah aku..
agar aku x tersasar jauh dr impian itu..
aku doakan kite same2 berjaya kat UKM ni..
IMPIAN kite!!
ijazah yg berharga!!
tinggal setahun je lg..
harap kite kuat semngat, kejar impian kita..
abaikan perkara yg x penting dlm hdup kite skrg!
kite masuk dengan senyuman bangga serta harapan ibu ayah..kite keluar nnti pun dengan senyuman yg lebih dari itu..
aku doakan kejayaan kite bersama..
ya Allah..kau permudahkanlah perjalanan kami disini, jauhkan lah kami dr segala kelalaian yg mengundang murka Mu ya Allah..redhai lah kami meneruskan sisa perjuangan ini..amiin..