Saturday, December 1, 2012

KPLI j-QAF 2012

Assalamualaikum,,
Hari ni genap dua minggu aku kembali semula kepada title student..he2

Name tag ni wajib dipakai dlm campus, sgt skema, ustajah la katakan..
time aku study ukm dlu mmg x penah pakai lgsung pun..
skali sekala skema syok juge.. :)

aha, yg ni kolej kediaman aku, damai namanye..mmg damai lah sbb bilik aku x yah naik tangga..
oh..bahagiaaa

orang lain sibuk holiday time cuti ni, aku pulak sibuk attend class dr jam 8pagi sampai 6.30 ptg..
hadoi... sgt penat,,jadual mmg sgt penuh, rehat pun dpt stengah jam je tuk solat.
xpela..bersusah-susah dahulu, bersenang kemudian..

dlm clas dgn fatin

X sabar nak tgu bulan enam tahun depan sebab nak KONVO~!!
yuhuuu..skejap je masa berlalu..

 modul bersama benda wajib= mentos, lau x de mmg aku tido



smoga Allah mempermudahkan urusan ku untuk mendapat Diploma Perguruan ni..Ameen..

p/s: "Apabila Kita REDHA pada sesuatu yang mengecewakan HATI kita, maka PERCAYALAH ALLAH akan menggantikan kekecewaan itu dengan sesuatu yang tidak disangka.."  

Tuesday, April 17, 2012

TANDA AMAL TIDAK DITERIMA ALLAH

Assalamualaikum,
Sekian lama aku tidak menulis, agak sibuk kebelakangan dengan kerja sekolah n melayani kerenah murid yg bermacam ragam. Sebentar tadi dalam aku sedang mencari sesuatu, aku terjumpa sebuah buku yang agak lama juga perolehinya. Sebuah buku yang berjudul “Cerita Serta Doa Dari Hadith dan Al-Quran“. Tak silap aku buku tersebut aku perolehi dari kampung kepunyaan bapa ku.
Sambil  aku membelek2 buku tersebut, terserempak aku dengan tajuk, “Tanda Amal Yang TIdak Diterima Allah“. Sebuah tajuk yang menarik dan aku ingin berkongsi bersama, dan berbunyi sebegini:
Siapa yang melakukan empat macam kemudian ia tidak bertambah baik, maka itu tanda tidak diterima amalnya.
  1. Siapa yang berjihad, kemudian ia kembali tidak bertambah kebaikan, maka itu tanda jihadnya tidak diterima oleh ALLAH.
  2. Orang yang berpuasa di bulan Ramadhan, kemudian tidak bertambah kebaikan, maka itu tandanya puasanya tidak diterima.
  3. Orang yang naik haji kemudian tidak tambah amal kebaikannya, maka itu tanda tidak diterima amalan hajinya.
  4. Orang yang sakit lalu sesudah sembuh tidak bertambah baik amal perbuatannya, maka itu tanda bahawa dosa-dosanya belum ditebus.
Seorang hakim berkata:
Siapa yang mengaku tiga perkara di bawah, maka dia ditertawakan oleh syaitan:
  1. Siapa yang mengaku dapat merasa manisnya taat, padahal dia cinta pada dunia.
  2. Siapa yang mengaku reda pada ALLAH s.w.t padahal dia tidak membenci hawa nafsunya.
  3. Siapa yang mengaku ikhlas padahal dia ingin dipuji orang.
Tanda seseorang itu telah tertipu ada tiga:
  1. Mengumpulkan apa yang tidak berguna baginya
  2. Bertambah-tambah dosanya sehingga membinasakannya.
  3. Meninggalkan amal yang dapat menyelamatkannya.
Dan tanda orang yang mengharap kepada ALLAH s.w.t itu juga tiga:
  1. Hatinya digunakan untuk berzikir (mengingati ALLAH)
  2. Lidahnya untuk berzikir
  3. Badannya untuk beramal.
Penghulu Segala Istighfar

بسم الله الرحمن الرحيم

Maksudnya: “Ya
Penghulu Istighfar
Penghulu Istighfar
 ALLAH, Engaku Tuhanku tiada Tuhan yang berhak disembah dengan sebenarnya, melainkan Engkau yang telah menjadikan ku. Hamba abdiMu, akan tetapi aku tidak mampu menunaikan janjiMu, dan janji prasetia kepada Mu. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan perbuatan yang telah aku lakukan. Aku tetap mengakui dengan kenikmatan-Mu yang telah Engkau kurniakan kepadaku, dan aku mengakui pula dosaku. Maka ampunilah aku, kerana tiada mengampun segala dosa melainkan hanyalah Engkau.”
Firman Allah s.w.t surah Muhammad, Ayat 31:

بسم الله الرحمن الرحيم



Surah Muhammad (47:31)




Surah Muhammad (47:31)


Maksudnya: “Dan demi sesungguhnya! Kami tetap menguji kamu (wahai orang-orang yang mengaku beriman) sehingga ternyata pengetahuan Kami tentang adanya orang-orang yang berjuang dari kalangan kamu dan orang-orang yang sabar (dalam menjalankan perintah Kami); dan (sehingga) Kami dapat mengesahkan (benar atau tidaknya) berita-berita tentang keadaan kamu.”

Tuesday, November 22, 2011

Syabas Harimau Malaya~

                   
waaa,, melambung-lambung ucapan tahniah tuk team mas'..papepun korang mmg best..menyelamatkan maruah kite dr dicalari indon..for Baddrol, wlaupun aku tau ko x baca blog aku, aku akan selalu sokong ko..ko mmg cool man..smoga lebih success next time..hehe

negaraku...tanah tumpahnya darahku..

motif pic ni?? sajeee :p

Saturday, November 19, 2011

Terindah Buatku

Assalamualaikum..huhu..lama beno aku x update blog yg sekian lama terbior ni..
almaklumlah..bzzzz..hehe
harini merupakan hari last aku bkerja kat SRI Hidayatul Iman..sebab esok dah mula cuti sekolah..ngeee..

banyak pengalaman yg aku kumpul kt ctu..suka, tawa, riang , gembira n paling bnyak adalah duka..huhu
7 bulan kerja kat situ melayani kerenah anak bos yg over gile kuasa..ckup memeritkan jiwa..wbgaimanapun..aku tetap bersyukur pada yang Maha Esa krn memberi aku kesempatan mendidik anak bangsa dengan ilmu agama..Terima Kasih Allah krn Engkau memilih aku sebagai salah seorang insan yg dapat berbakti pada mereka.

mungkin lepas ni aku akan merindui rutin hidupku disana..seawal jam 7pg mengajar mereka mengaji, dan kemudia mengajar ilmu agama yang kadangkala aku akui aku telah melupakan perkara tersebut. sekali lagi aku brsyukur kerana Mu memberi aku kesempatan mendekatkan diri padaMu..

Bulan 12 ni, rutin hidup aku kembali semula, namun bukan ditempat yg sama..apa yang aku harapkan tempat baru ini akan membawa secebis sinar keindahan dan ruang yang lebih luas untuk aku dekat padaMu.. aku akui aku sangat tension bkerja dengan insan yang tidak ku undang perangai dan sikapnya, namun itulah dugaan yg harus aku tempuh utk meneruskan hidup dijalanMu..hanya aku mampu berdoa jadikan aku hamba yang selalu brsabar..

**Hidup ini terlalu indah untuk dinikmati, namun matlamat utama kita adalah akhirat yang kekal abadi...ya Allah..kau tetapkan iman ini sehingga akhir hayat kami..hamba2mu yang mencari keredhaanMu di muka bumi ini, Rahmatilah kehidupan kami didunia dan akhirat**

Saturday, April 16, 2011

Kebahagiaan dlm Perpisahan

mgu ni sy rase bahagia sbb sy dapat sesuatu dari pihak fakulti, benda yang diidamkan sebagai seorang student u,, Alhamdulillah,,





tp saye sedih bila encik moto ini dah x de,, miss u encik moto,,




 

Thursday, March 10, 2011

Cinta February~!

ermm,, pejam celik2 dah masuk bulan tiga dah,, adoii,, makin stress aku dibuatnye,, jap g kene submit thesis, pastu bakal menghadapi exam terakhir kat ukm,, insyaAllah,,
dah2 malas pikir,, hahahaha,, kang lg brtambah stress aku,,
aku lagi suke bulan February dr bulan Mac,,hak3,, nak tau nape? coz bulan tu adalah bezday aku,, hik3,,
selamat hari lahir ye Norizan,, semoga anda pnjang umur dan sentiasa dimurahkan taufiQ dan hidayah dari Allah,, ameen,,
bulan ni aku dapat tiga kek,, hehe,, suke~! sebab aku mmg penggila kek..!
terima kaceh bebenyak ye sahabat2ku..syg jugak ye korang kat aku w/pun terpakse..hahahaha
pasni, korang bg kek kat aku lg x?? wait n see je la tahun depan kan..aku x harap kek satu lori, tp aku menginginkan kasih syg satu kontena..haha..love u all~!




ni tiramisu kek dr classmate aku,, maceh ye.



ni la classmate aku, hencem n jelite sumenye, terbaikla nasi Arab, aku suke mkn ayamnye je..



ni plak kek wajib dr geng yg mmg wajib, lau x de x sronok rasenye, hik3

lyn dah ada calon, pika nak kawin dah, jiha plak x leh kawin kang asyik cerai je, :p

bff dunia akhirat




ni kek dr geng zaba..nape lah 23 tu paling beso,

kak na ngan irah nak kawin, ida plak smbung master, syuk balik penang, ko plak ilah, jd ke kawin ngan akmal?


papehal pun aku doakan sahabatku sume ni berjaya dalam hidup, syg u all, mintak maaf zahir batin andai aku ada wat salah silap, all da best n good luck.

Monday, January 24, 2011

Muhasabah

Assalamualaikum,,
sebenarnya aku baru balik dr warta bangi, beli adiah untuk dua orang kakak kesayangan aku, kak Mala dan kak Nazirah,, td time aku g sana aku sebenarnya dapat sedikit tazkirah untuk peringatan diri aku,, aku g kdai buku tu n aku nampak satu poster ni, aku baca, tp x beli, namun ape yg penting ayat kat poster betul2 memberi motivasi yg mendalam tuk aku hari ni,,

10 perkara yang menghalang hijab Allah

i) engkau menikmati rezeki dari Allah, namun engkau tidak pernah bersyukur kepadaNya.
ii) engkau mengaku bahawa syaitan itu musuh utamamu, tp engkau tetap mengikut segala jalan yg menjurumuskan dirimu ke azab neraka.
iii) engkau menjaja aib orang, namun engkau tidak sedar akan aib mu sendiri
iv) engkau ketahui bahawa ajal itu akan tiba, namun engkau tidak pernah mempersiapkan diri untuk menghadapinya.
v) engkau menziarahi kematian, namun engkau tidak mengambil iktibar dari kematian tersebut.

aku hanye ingt 5 perkara tu je, apa yg penting semoga aku dpt ambil iktibar dr nasihat tu,, InsyaAllah..